HomeGaya HidupKetahui lima khasiat safron - No 3 wanita paling suka!

Ketahui lima khasiat safron – No 3 wanita paling suka!

PERNAHKAH anda mendengar khasiat tentang sejenis rempah dikenali safron?

Untuk makluman, safron adalah sejenis rempah paling mahal di dunia dengan harga jualan di Malaysia adalah RM25 untuk 1 gram sahaja.

Kenapa mahal sangat?

Anda perlu ketahui fakta bahawa untuk mendapatkan 1kg safron, sebanyak 120,000 kuntum bunga safron perlu dikumpulkan.

Proses menuainya juga sangat rumit dan memerlukan tenaga kerja yang banyak dan lama. Untuk mendapatkan hasil safron yang berkualiti, pekerja perlu bekerja sekurang-kurangnya 40 jam!

Berikut adalah senarai 5 khasiat safron:

Afghanistan Saffron
Photo by Syed F Hashemi on Unsplash

1. Agen antioksida

Safron mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan iaitu molekul bagi melindungi sel daripada radikal bebas dan tekanan oksidatif.

Antara agen antioksida dalam safron ialah crocin dan crocetin yang menghasilkan safron berwarna merah. Selain itu, crocin dan crocetin juga melindungi sel-sel otak daripada kerosakan progresif.

2. Merawat gejala kemurungan

Saffron digelar sebagai the sunshine spice. Ini bukan sahaja disebabkan oleh warnanya yang berbeza tetapi juga kerana ia boleh membantu meningkatkan mood anda.

Menerusi kajian, suplemen safron jauh lebih berkesan daripada rawatan plasebo dalam merawat gejala kemurungan ringan hingga sederhana.

3. Mampu menurunkan berat badan

Dalam satu kajian selama lapan minggu, wanita yang mengambil suplemen safron berasa lebih kenyang, kurang makan snek dan kehilangan berat badan dengan ketara berbanding wanita dalam kumpulan rawatan plasebo.

Walau bagaimanapun, saintis tidak pasti bagaimana safron menyekat selera makan dan membantu penurunan berat badan.

Satu teori ialah safron meningkatkan mood, seterusnya mengurangkan keinginan anda untuk memakan snek.

4. Dapat mengurangkan simptom PMS

Sindrom Prahaid (PMS) ialah istilah yang menggambarkan gejala fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku sebelum permulaan haid.

Kajian menunjukkan bahawa safron boleh membantu merawat gejala PMS.

Untuk wanita berumur lingkungan 20-45 tahun, pengambilan 30mg safron setiap hari adalah lebih berkesan daripada rawatan plasebo dalam merawat gejala PMS, seperti kerengsaan, sakit kepala dan sebagainya.

Satu lagi kajian mendapati bahawa hanya menghidu safron selama 20 minit membantu mengurangkan gejala PMS seperti kebimbangan dan menurunkan tahap hormon stres kortisol.

5. Berkemungkinan mempunyai sifat melawan kanser

Safron tinggi dengan antioksidan, yang membantu meneutralkan radikal bebas yang berbahaya. Kerosakan radikal bebas telah dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser.

Dalam kajian tabung uji, safron dan sebatiannya telah ditunjukkan secara selektif membunuh sel-sel kanser kolon atau menyekat pertumbuhannya sambil meninggalkan sel-sel yang sihat tanpa kecederaan.

Ia juga berkesan bagi melawan beberapa jenis kanser seperti kanser kulit, sumsum tulang, prostat, paru-paru, payudara, serviks dan beberapa sel kanser lain.

Walaupun penemuan daripada kajian tabung uji ini kedengaran menjanjikan, kesan antikanser safron kurang dikaji pada manusia dan lebih banyak penyelidikan diperlukan sebelum ia dijamin berkesan untuk melawan kanser.

Sumber: Relevan

 

Author

Pilihan Editor