SEORANG lelaki warga emas maut akibat serangan jantung, selepas tercekik hidangan sotong hidup di sebuah restoran di Gwangju, Korea Selatan.
Lapor New York Post, lelaki berusia 82 tahun itu tercekik hidangan yang dikenali sebagai san-nakji pada Isnin.
Dia yang kemudian mengalami serangan jantung disahkan meninggal dunia di hospital tempatan.
San-nakji merupakan hidangan istimewa menampilkan sotong kurita yang masih hidup ditabur dengan garam dan minyak bijan.
Korang pernah makan tak San-nakji?
Kalau nak tahu, hidangan itu merupakan sotong mentah yang menjadi kegilaan masyarakat di Korea Selatan.
Tapi, di sebalik kelazatan sotong ni, ia tersenarai antara hidangan paling berbahaya di dunia ! 😨
Sumber: YouTube Peekaboo3737#Foodie pic.twitter.com/qshIEFsnXU— Media Variasi (@mediavariasi_) October 26, 2023
Hidangan itu disenarai antara makanan paling berbahaya di dunia selain ikan buntal dan katak lembu beracun.
Meskipun nama hidangan itu diterjemahkan kepada ‘sotong hidup’, namun haiwan itu sebenarnya sudah dibunuh sebelum dihidangkan, manakala tentakel atau sesungutnya dipotong kepada beberapa bahagian, lapor CNN.
Ia dihidangkan serta-merta selepas dihiris ketika saraf sesungut masih aktif, menyebabkan sotong kelihatan hidup kerana terus bergerak di atas pinggan.