HomeSukanMessi jangka Haaland, Mbappe dominasi Ballon d'Or

Messi jangka Haaland, Mbappe dominasi Ballon d’Or

SELEPAS merangkul gelaran Ballon d’Or kelapannya, Lionel Messi memberi petunjuk bahawa kemenangan itu seolah-olah trofi terakhirnya sebagai pemain terbaik dunia.

Penyerang Argentina berusia 36 tahun itu sebaliknya menjangkakan dua pesaing utamanya yang lebih muda, Erling Haaland dan Kylian Mbappe akan mendominasi anugerah Ballon d’Or pada masa akan datang.

Ketika berucap pada majlis anugerah Ballon d’Or di Paris, Perancis pada Isnin, Messi tidak menolak kemungkinan kedua-dua pemain tersebut akan menjadi penggantinya dalam bola sepak.

“Ballon d’Or adalah hadiah untuk seluruh Argentina. Namun, saya tidak mahu melupakan Haaland atau Mbappe mempunyai tahun yang hebat, menakjubkan dan pada tahun-tahun akan datang mereka akan memenangi anugerah ini,” katanya seperti dilapor OneFootball.

https://twitter.com/FabrizioRomano/status/1719106039847485830?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1719106039847485830%7Ctwgr%5Ed265490ec87d965bf72d908b77c245e99511dd4e%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.football-espana.net%2F2023%2F10%2F30%2Flionel-messi-future-ballon-dor-kylian-mbappe-erling-haaland

Untuk rekod, Mbappe muncul penjaring terbanyak Piala Dunia dengan lapan gol, termasuk hatrik di final namun pasukannya, Perancis tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti.

Namun bekas rakan sepasukan Messi di Paris Saint-Germain (PSG) itu hanya berada di tangga ketiga, di belakang Haaland yang meledak 52 gol dalam 53 penampilan untuk Manchester City ketika menjuarai treble musim lalu.

Messi terpilih merangkul Ballon d’Or selepas kejayaannya membantu Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun lalu – meledak tujuh gol dan dinobatkan pemain terbaik kejohanan.

Kali pertama dia memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 2009.

Author

Pilihan Editor