HomeNiagaNetflix naikkan harga langganan bulanan di tiga negara

Netflix naikkan harga langganan bulanan di tiga negara

APLIKASI streaming popular, Netflix mengumumkan kenaikkan harga bagi beberapa pelan langganan bulanan yang ditawarnya mulai Khamis.

Bagaimanapun, setakat ini harga baharu itu hanya memberi kesan kepada pelanggan di tiga buah negara iaitu di Amerika Syarikat, UK dan Perancis.

Menurut laporan dikeluarkan Netflix, kenaikan harga itu membabitkan dua jenis pelan iaitu pelan Basic dan Premium manakala pelan dengan sokongan iklan dan Standard kekal.

Kali terakhir Netflix menaikkan harga langganan di tiga negara itu adalah pada tahun 2022.

Lapor Amanz, sehingga kini jangkaan sama ada Netflix akan turut meningkatkan harga langganan di pasaran lain termasuk Malaysia masih belum diketahui.

Difahamkan, tahun ini Netflix telah mengurangkan harga langganan pelan Basic di Malaysia dengan kadar dari RM35 ke RM28.

Netflix mencatatkan peningkatan lebih 8 juta pelanggan baharu pada suku yang lalu dan kini syarikat itu mempunyai 247 juta pelanggan bulanan aktif.

Author

Pilihan Editor