CYBERJAYA: Sejak daripada zaman dinasti sehingga kini, teh menjadi satu minuman yang dihidangkan dan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.
Malah, hidangan itu berupaya mencecah ribuan ringgit kerana teh memiliki pelbagai profil rasa yang menjadi penentu kepada harganya.
Penggemar tegar teh kebiasaannya menjadikan minuman itu sebagai hidangan harian menerusi pelbagai perisa dan manfaat kesihatan.
Namun, keenakan teh akan lebih dinikmati menerusi perisa baharu bersama insan tersayang.
Justeru, jenama teh premium, Chagee Malaysia memperkenalkan siri terbaharu Chagee Osmanthus Long Jing.

Menariknya, siri baharu ini menampilkan cawan yang direka khas dengan cetakan hiasan daun teh Long Jing dan bunga osmanthus kuning yang terlihat mewah.
Menurut kajian, teh Long Jing atau lebih dikenali sebagai teh ‘Telaga Naga’ tersenarai sebagai antara teh hijau paling mahal dan berkualiti tinggi di dunia.
Berasal dari XiHu di Hangzhou, China, teh hijau itu diproses dengan teliti menggunakan daun teh berbentuk rata seperti pedang dengan rona hijau pucat.
Timbalan Pengurus Besar Chagee Malaysia, Ng Jia Jun berkata, siri Osmanthus Long Jing itu adalah tambahan variasi teh yang menyegarkan keluaran Chagee, dan bakal ditawarkan di 70 cawangan di seluruh Malaysia.
“Daun tehnya diadun dengan teliti dan padat dengan rasa dan aroma teh hijau. Siri teh Long Jing ini adalah luar biasa terutama buat pencinta teh,” katanya.
Bukan sekadar rupa, siri Osmanthus Long Jing menampilkan tiga variasi teh yang terlihat mewah termasuk Teh Susu Osmanthus Long Jing, yang menawarkan campuran sempurna teh Long Jing dan susu segar dari New Zealand.
Bagi penggemar teh hijau sejati, Teh Tulen Osmanthus Long Jing diperkaya dengan teh hijau tulen.
Penggemar teh juga boleh menikmati Osmanthus Long Jing Macchiato klasik yang menampilkan lapisan buih keju diatasnya.

Bermula 17 Oktober hingga 31 Oktober ini, orang ramai boleh mendapatkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi pembelian cawan kedua Siri Osmanthus Long Jing.
Bukan itu sahaja, pelanggan turut berpeluang menerima Kad Minyak Wangi Osmanthus Long Jing edisi terhad secara percuma, dengan setiap tempahan yang dibuat melalui Program Mini Chagee.
Untuk maklumat lanjut mengenai Chagee Malaysia, layari www.chagee.com.my.