HomeGlobalPancar api biru, Gunung Ijen paling menakutkan di bumi - ESA

Pancar api biru, Gunung Ijen paling menakutkan di bumi – ESA

AGENSI Angkasa Eropah (ESA) menyiarkan video menakjubkan memaparkan sebuah kawah gunung berapi yang memuntahkan lahar berwarna biru terang pada Sabtu.

Lapor NDTV, video itu dikongsi sebagai sebahagian daripada episod khas pesta Halloween serta menggelarnya sebagai lokasi paling menakutkan di bumi.

Jurucakap wanita di dalam video terbabit mendedahkan bahawa, gunung berapi itu terletak di Gunung Ijen, dekat Jawa Timur, Indonesia.

“Salah satu fenomena paling menakjubkan di Gunung Ijen adalah nyalaan warna birunya yang terkenal. Api biru yang menyeramkan ini dinyalakan oleh gas sulfurik yang keluar dari retakan di kawah gunung berapi, mencipta pemandangan malam,” tulis ESA di laman Instagram.

Gunung Ijen sering menjadi buruan pelancong yang bertandang ke puncak Ijen kerana keunikan Api Biru (blue fire).

@dwi_riyantoo

Day 1 di banyuwangi kamu bisa tracking ke gunung ijen, normah 2-3 jam uda sampe atas. #kawahijen #gunungijen #banyuwangi #jawatimur #belerang #longervideos #travel

♬ suara asli – Dwiriyantoo – Dwiriyantoo

Api biru di kawasan yang terkenal dengan jolokan ‘Majestic Banyuwangi’ itu hanya kelihatan pada waktu malam, hasil daripada pembakaran belerang cair yang keluar daripada perut gunung berkenaan.

Berdasarkan fakta, Ijen adalah gunung berapi yang mempunyai kawah seluas 20 kilometer persegi dan tasik sulfurik sedalam 182.88 meter.

Ahli geologi memanggil gunung berapi itu sebagai tong asid terbesar di bumi berikutan kepekatan asid sulfurik yang tinggi, selain diperkaya dengan mineral seterusnya menjadikannya berwarna biru.

Pada waktu siang, para pelombong nekad berdepan dengan gas yang sangat bertoksik dari gunung berapi tersebut untuk mengeluarkan ketulan besar sulfur dari tepi kawah.

Orang ramai sanggup melakukan perjalanan yang jauh dan berbahaya setiap hari semata-mata untuk memperoleh bongkah api semula jadi.

Ada yang menjadikan kain basah untuk menutupi muka mereka akibat mengalami pedih mata berikutan asap tebal.

Sulfur dibeli oleh kilang tempatan dan digunakan untuk menapis gula atau membuat mancis dan ubat-ubatan.

Author

Pilihan Editor