HomeGlobal'Pindah minuman dari mulut ke mulut, adakah ini cinta sejati?'

‘Pindah minuman dari mulut ke mulut, adakah ini cinta sejati?’

NIAT pasangan kekasih yang mahu menunjukkan aksi romantik bertukar menjadi aksi jijik ketika dalam perjalanan menaiki kereta api Metro Delhi, dekat Delhi, India.

Menerusi video tular, si lelaki pada mulanya menuangkan minuman ringan ke dalam mulut teman wanitanya.

Tidak beberapa saat kemudian, wanita tersebut memindahkan cecair dari mulutnya ke dalam mulut teman lelaki berkenaan.

Mereka kemudian saling berbalas memindahkan cecair itu ke dalam mulut masing-masing.

Segelintir penumpang yang berada di latar belakang video itu dilihat terkejut dan tidak selesa dengan perbuatan pelik pasangan terbabit.

Dalam aksi berasingan, pasangan itu sekali lagi memuat naik video memaparkan mereka mengulangi perbuatan jijik berkenaan.

Menerusi video tersebut, lelaki itu menuangkan susu kotak ke dalam mulut wanita yang sedang berbaring di pangkuannya.

Lelaki itu kemudian mengeluarkan sebatang sudu untuk mengirup susu yang terdapat di dalam mulut wanita berkenaan.

Dia melakukan aksi itu sebanyak dua hingga tiga kali, sebelum menunjukkan ibu jari tanda suka kepada wanita tersebut.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian sama sekali tidak mempedulikan aksi pasangan itu.

Kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang duduk bersantai di kaki lima dekat bangunan Connaught Place, New Delhi.

https://twitter.com/desimojito/status/1716344062549053610?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1716344062549053610%7Ctwgr%5E2c59cbafe396973ca96a6dfcc68a699ab153a4cf%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ndtv.com%2Foffbeat%2Fvideo-of-couple-consuming-drink-from-each-others-mouth-goes-viral-internet-disgusted-4508685

Kedua-dua video pasangan itu dimuat naik di laman X @desimojito pada Isnin dan sudah mendapat lebih 320,000 tontonan dan 525 perkongsian setakat ini.

Meninjau ke ruangan komen, aksi pasangan itu mendapat kecaman daripada rata-rata pengguna media sosial yang rata-ratanya berasa jijik.

“Rasa macam nak muntah.” tulis seorang netizen.

Seorang lagi menambah: “Menjijikkan. Adakah ini dinamakan cinta sejati?”

Tulis seorang pengguna: “Adakah semua orang akan melakukan perkara ‘sampah’ semata-mata mahu menjadi viral?”

 

 

Author

Pilihan Editor