HomeBeritaMahkamah & JenayahPolis tahan pengasas bersama syarikat penerbangan

Polis tahan pengasas bersama syarikat penerbangan

PETALING JAYA: Polis menahan tiga individu termasuk seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar Datuk.

Turut ditahan isteri dan anak lelakinya di kediaman mereka di Shah Alam, Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Datuk berusia 57 tahun itu ditahan bersama isterinya berusia 55 tahun , dan anaknya 26 tahun di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang, semalam.

“Kita akan membuat permohonan reman esok di Lokap Berpusat Jinjang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. – Utusan

Author

Pilihan Editor