CYBERJAYA: Tindakan seorang lelaki meletakkan duit berkepuk-kepuk di sebelahnya sambil solat mengundang kecaman netizen.
Video tular berkenaan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan lelaki itu meletakkan selambak duit di sebelahnya sambil menunaikan solat.
@paklongabh17
“Haus. zaman sekarang macam-macam konten nak marah pun tak guna, nak ketawa pun ada, all the best abang,” komen netizen.
“Salam, di masjid banyak kuliah agama mengajar kitab agama seperti penawar bagi dan tasawuf untuk mendidik hati kita supaya bersederhana dalam kehidupan,” kongsi netizen.
“Kita tak pandai sangat bab agama tapi baca tahiyat pa laju semacam ja, duit pulak aci main letak tepi, macam-macam manusia sekarang,” luah netizen.