HomeHiburanSofyank sindir cubaan media Israel fitnah Hamas guna AI

Sofyank sindir cubaan media Israel fitnah Hamas guna AI

CYBERJAYA: Pempengaruh media sosial, Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank sekali lagi menjadi perhatian apabila menyindir cubaan media Israel memfitnah pemimpin Hamas menerusi gambar yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menerusi platform X, Sofyank berkata, kesan suntingan itu boleh dikesan dengan jelas.

“Tekstur muka lari terlalu jauh daripada yang sepatutnya, sampaikan ada yang hilang hidung.

“‘Cropping’ tak bersih, boleh touch lagi untuk buang strok putih kat kepala.

“Mungkin akan datang boleh guna gambar yang asli. Percubaan yang baik,” sindirnya.

Dalam pada itu, Sofyank turut memberitahu bahawa gambar tersebut diambil pada tahun 2014, namun telah disunting kembali.

“Ini saya ada baca tadi, mereka gunakan gambar daripada hantaran tahun 2014 dan jana gunakan AI atau aplikasi ‘clear photo’ bagi dapatkan gambar yang lebih jelas untuk dijadikan bahan bualan, tapi gambar ni jadi makin teruk,” kongsinya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut mengecam cubaan media Israel yang dilabelkan amat lucu.

“Buat kerja tak clean, ni bukan 2010 lah adoi lawak,” tulis netizen.

“Lagi pelik orang percaya benda ni real. Takkan tak reti beza ai dgn real gambar punya,” ujar seorang lagi pengguna aplikasi X.

“Lain kali kalau buat assignment last minute kene bijak sikit. Tahulah keturunan Israel nii benak tapi adeh…tahlah.. mmg benak,” sindir netizen.

 

Author

Pilihan Editor