SEORANG wanita dipecat selepas mengherdik dan menghina sekumpulan pelancong Jerman yang menaiki kereta api menuju ke bandar New York, Amerika Syarikat (AS).
Menurut New York Post, Brianna Pinnix, 30, pada mulanya secara agresif mendekati pelancong lelaki terbabit, yang menaiki kereta api New Jersey Transit.
Pada masa sama, wanita itu turut ditenangkan oleh pasangannya untuk tidak membuat kecoh dalam pengangkutan awam tersebut.
Wanita itu kemudian kembali ke tempat duduknya, sebelum memaki-hamun semula pelancong terbabit.
“Keluar dari negara ini!” antara jeritan wanita yang berasal dari New Jersey itu.
Unhinged Karen in training goes off on unsuspecting German tourists in xenophobic NYC train rant.
byu/Mahomestyle inPublicFreakout
Setakat ini, tidak dapat dipastikan punca wanita itu bertindak sedemikian, namun video memaparkan aksi biadab itu tersebut tular di media sosial sejak Jumaat.
Sementara itu, syarikat tempat wanita itu bekerja, Capital RX memaklumkan bahawa, Pinnix sudah dipecat serta-merta dari jawatan sebagai pakar pemerolehan bakat.
“Syarikat kami tidak bertoleransi terhadap tingkah laku prejudis atau diskriminasi.
“Selepas menjalankan siasatan, kami mengambil langkah serta-merta untuk menamatkan khidmat pekerja itu.
“Tindakan dan kata-kata daripada wanita itu tidak mewakili Capital Rx dan kami memohon maaf secara ikhlas kepada mereka yang terkesan, ” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.