HomeGlobalTerdesak dapat sokongan dunia, Zionis sanggup bayar 'influencer'

Terdesak dapat sokongan dunia, Zionis sanggup bayar ‘influencer’

ISRAEL nampaknya semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan dunia menerusi pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan, ketika serangan berterusan negara haram itu ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Lapor Press TV, seorang pempengaruh British, Sara Watson mendedahkan bahawa, seorang anggota rejim pengganas Israel telah berhubung dengannya untuk menawarkan rasuah dan memaksanya menarik semula sokongan ke atas Palestin.

Aktivis media sosial, Sulaiman Ahmed pula memuat naik video seorang pempengaruh Amerika Syarikat (AS) yang mendedahkan jenayah rasuah Israel ke atas mana-mana pempengaruh.

Katanya, Israel membayar AS$1,000 (RM4,767) bagi setiap video pempengaruh yang memaparkan penentangan terhadap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan sokongan ke atas Israel.

Mekanisme yang digunakan Israel dilihat berkait rapat dengan arahan kepada pencipta kandungan untuk menyokong rejim Zionis.

Malah, Israel juga mengarahkan pempengaruh untuk menambah maklumat palsu dan hashtag yang mengaitkan Hamas dengan kumpulan negara Islam (Daesh).

Perkara ini menjadi lebih teruk apabila timbul dakwaan bahawa Facebook dan Instagram sengaja menyekat kandungan pro-Palestin.

 

Author

Pilihan Editor