CYBERJAYA: Seorang wanita tergamam seketika apabila gula-gula timbang yang dibelinya di sebuah kedai dengan jumlah bernilai RM40.
Menerusi perkongsian di Facebook Nabilla Aisha, pada mulanya dia menyedari harga yang dipamerkan tidak jelas dan apabila ditimbang harga yang tertera lebih mahal.
“Hurm terkena pulak rasanya hari ni, Che yam merengek nak gula-gula, cakap kat amoi ni bee nak 150 gm je sebab dia cakap minimum belian 150gm je tapi nak campur-campurlah, lepas tu dia cedok-cedok.
“Ingatkan dia budget la 150gm tu kononnya bee fikir dia da biasa cedokkan mesti tau agak berapa beratnya last-last masa nak bayar dia cakap RM40.
“Harga mahalnya..dia cakap RM14 lebih 100 gm..baru perasan dia tak tampal harga 100gm kat situ,” kongsinya.
Tambahnya lagi, selepas mengetahui jumlah harga yang dicaj itu dia cuba meminta penjual untuk mengurangkan kuantiti gula-gula itu namun tidak boleh dilakukan atas faktor gula-gula berkenaan sudah bercampur jenis.
“Maka bee pon bayar dengan harga RM34.. padan muka.. huuu..lepas ni biarlah anak merengek pon tak beli dah aku,” ujarnya.
Kisah yang dialami Nabilla turut ditimpa sebilangan warga net yang tampil berkongsi di ruangan komen.
“Benda ini memang mahal, pernah juga terkena bayar RM60,” tulis pengguna Facebook.
“Saya sekeluarga pernah membayar RM200, apabila keluar kedai, kami hanya mampu ketawa,” komen seorang lagi warga net.