HomeBeritaMahkamah & JenayahTiga wanita disyaki terima rasuah bantu calon lulus ujian memandu

Tiga wanita disyaki terima rasuah bantu calon lulus ujian memandu

JOHOR BAHRU: Dua pegawai khidmat pelanggan di Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (Rilek) Cawangan Kota Tinggi dan seorang kerani pusat lesen memandu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek wanita berusia 23 hingga 34 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 9 malam tadi selepas satu operasi yang dijalankan dengan kerjasama sebuah syarikat konsesi bagi aplikasi utama kerajaan.

Difahamkan kesemua suspek menerima wang rasuah daripada calon-calon yang menghadiri ujian Bahagian 1 Berkomputer Lesen Memandu untuk membantu calon lulus dalam ujian tersebut.

Siasatan masih dijalankan dan dijangka ada lagi penahanan lain bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. – Utusan

Author

Pilihan Editor