HomeGlobal30 terbunuh, 100 cedera dalam serangan Israel ke atas sekolah PBB di...

30 terbunuh, 100 cedera dalam serangan Israel ke atas sekolah PBB di Gaza

SEKURANG-KURANGNYA 30 orang terbunuh dan 100 yang lain cedera dalam serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah yang dikendalikan PBB di utara Genting Gaza petang Khamis, kata kumpulan pejuang Palestin Hamas.

Serangan itu menyasarkan Sekolah Abu Hussein tajaan UNRWA di kem pelarian Jabalia, kata Hamas dalam satu kenyataan.

Agensi berita rasmi WAFA sebelum ini berkata bahawa sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 93 yang lain cedera di sekolah itu, di mana ramai penduduk Gaza yang terlantar tinggal.

Tiada komen lagi daripada tentera Israel mengenai laporan itu.

Serangan itu berlaku beberapa jam sebelum jeda kemanusiaan dijangka bermula antara Israel dan Hamas di Genting Gaza pada 7 pagi waktu tempatan (0500GMT) pada Jumaat.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Genting Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober, membunuh lebih 14,854 rakyat Palestin, termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita, menurut pihak berkuasa kesihatan di kawasan itu.

Angka kematian Israel, sementara itu, adalah sekitar 1,200, menurut angka rasmi. – Anadolu

Author

Pilihan Editor