BANDAR GAZA, Palestin: Sekurang-kurangnya 54 masjid musnah dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata Pejabat Media Kerajaan Gaza lewat Jumaat.
“Serangan itu juga telah merosakkan sebahagian 110 masjid lain,” kata jurucakap, Salama Marouf pada sidang akhbar di Bandar Gaza.
Katanya lagi, tiga gereja turut menjadi sasaran tentera Israel.
Tentera Israel berkata pada Khamis ia telah melakukan lebih daripada 12,000 serangan udara terhadap beribu-ribu sasaran tentera di Genting Gaza sejak 7 Oktober.
Marouf berkata, bagaimanapun, “kebanyakan sasaran yang diserang dalam serangan Israel adalah rumah, kemudahan awam dan hospital.”
Tentera Israel telah meluaskan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang telah mengalami serangan udara tanpa henti, sejak serangan mengejut oleh kumpulan pejuang Palestin, Hamas, pada 7 Okt.
Hampir 10,800 orang terbunuh dalam konflik itu, termasuk sekurang-kurangnya 9,240 rakyat Palestin dan lebih 1,538 warga Israel.
Bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel, selain jumlah korban dan pemindahan yang besar. – Anadolu