MERANCANG nak bercuti ke Hat Yai, Thailand dalam masa terdekat? Tak tahu nak tuju ke mana sewaktu disana? Ini senarai 7 tempat menarik dilawati ketika bercuti di Hat Yai!
Info ringkas mengenai Hat Yai
Hat Yai adalah salah satu lokasi percutian popular di Thailand khususnya dalam kalangan warga Malaysia. Hal ini kerana rata-rata penduduk di Hat Yai terdiri daripada umat Islam, jadi mudahlah untuk Muslim mencari makan dan masjid.
Hat Yai adalah bandar terbesar yang terletak di Wilayah Songkhla, di selatan Thailand dan bersempadan dengan Malaysia. Jadi tak hairanlah jika ramai orang Malaysia selalu bercuti ke sana tidak kira waktu.
1. Khlong Hae Floating Market
Hat Yai turut dikenali sebagai syurga makanan dengan harga murah! Jangan lepaskan peluang untuk menjejakkan langkah di Khlong Hae Floating Market sebab ada bermacam pilihan makanan yang unik disini.
Menariknya, anda bakal melihat peniaga menjual dalam sampan. Jangan risau, gerai di daratan pun ada.
Jangan lupa cuba minuman dalam bekas tembikar dan buluh tu!
2. ASEAN Night Bazaar
Kaki shopping sila datang kesini! Banyak barangan unik dan makanan menarik anda boleh cuba di pasar dua tingkat ini. Nak beli cenderahati, pakaian, hiasan, kraftangan semua ada dalam tempat ini ya!
3. Chang Puak Elephant Camp Hat Yai
Jika sebut Thailand, pasti ramai yang akan terbayang gajah. Nak rasa pengalaman naik gajah? Jom datang ke Chang Puak Elephant Camp Hat Yai.
Disini anda terdapat aktiviti elephant riding. Kalau tak berani, boleh membeli makanan yang disediakan untuk memberi gajah makan.
Antara aktiviti yang turut ditawarkan adalah menaiki ATV, memanah, melihat pertunjukkan gajah dan bergambar bersama anak-anak gajah.
Â
4. Taj Mahal Songkhla – Masjid Besar Wilayah Songkhla
Haa nak tengok Taj Mahal di India jauh sangat, jadi apa kata anda ke Hat Yai untuk rasai pengalaman ala-ala menatap Taj Mahal di Masjid Besar Wilayah Songkhla. Senibina masjid ini pasti buatkan anda kagum dan terpesona.
Kenapa diberi julukan masjid Taj Mahal? Sebabnya, ada kolam besar yang cantik di hadapan masjid tersebut.
5. Hatyai City Municipal Park
Hatyai City Municipal Park adalah sebuah taman rekreasi yang terletak 6km dari pusat bandar di Lebuhraya Hat Yai-Songkhla.
Dekat sini anda boleh cuba aktiviti seperti menaiki kereta kabel serta memasuki Hatyai Science and Astronomy Center (Astronomical Observatory), Hatyai Ice Dome.
6. Samila Beach
Pernah nampak tak patung ala-ala mermaid terdampar? Haa, anda boleh melihat patung Ikan Duyung Emas itu dekat pantai Samila ini. Patung ikan duyung ini dipercayai membawa kekayaan untuk rakyat Songkhla.
Selain berfoto dengan patung duyung, anda juga boleh melihat pemandangan unik Pulau Kucing dan Pulau Tikus.
Datanglah waktu petang sekitar pukul 6, dapatlah gambar sunset dengan Mermaid tu, confirm cantik!
7. Khlong Hae Halal Seafood Buffet
Salah satu lokasi makanan halal yang wajib anda cuba di Hat Yai adalah di Khlong Hae Halal Seafood Buffet. Harga makanan laut secara buffet disini amat berpatutan dan berbaloi!.
Selain kedai makan halal ini, anda juga boleh cuba makanan viral Hatyai seperti Luk Chup, Nasi Bambu, Puding Kelapa Thai, Pisang Bakar Thai, dan paling popular, Ais Krim Kelapa Thai.
Tunggu apa lagi? Jom ke Hat Yai!