ISU pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 masih hangat menjadi bualan orang ramai terumatanya di media sosial.
Malah, ada sebilangan pihak yang menyatakan cadangan supaya PLKN 3.0 dimulakan dengan penglibatan barisan artis serta pempengaruh di Malaysia.
Lebih menarik perhatian apabila netizen turut membuat senarai nama yang disifatkan wajar menyertai program tersebut dan antara nama yang menjadi ‘sebutan’ ialah Imran Bard, Azfar Heri dan Kieda Crepe.
Gara-gara nama kerap kali ‘dipetik’ netizen untuk menyertai PLKN 3.0, Imran Bard tampil berkongsi gambar pengalamannya menyertai latihan ketenteraan menerusi Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) sewaktu di bangku sekolah.
Menurut Imran yang popular dengan video parodi ‘Gwenchana’, meskipun pernah menjalani latihan sedemikian, perwatakan lembut yang ada dalam dirinya masih tidak pudar.
“Eh! Terpalinglah yang suruh aku kawad tengah panas nak bagi aku keras.
“Aku ni juara kawad bersenjata ye!! Ever year pergi camping and training lembut jugak takdenye keras. Cuba kau jemur punai kau tengah panas tengok dia keras ke dia legam. Of course LEGAM so Takde kene mengena kan??,” kongsinya menerusi hantaran di X.
Eh! terpalinglah yang suruh aku kawad tengah panas nak bagi aku keras. Aku ni Juara kawad bersenjata ye!! everyear pergi camping and training lembut jugak takdenye keras. Cuba kau jemur punai kau tengah panas tengok dia keras ke dia legam. Ofc LEGAM so Takde kene mengena kan??. pic.twitter.com/17cpBlDegP
— Imran Bard (@imemerang) November 2, 2023
Bagaimanapun, Imran turut menyatakan tujuannya memuat naik gambar-gambar ketika menyertai latihan PKBM itu adalah sekadar hiburan semata susulan kecoh di media sosial isu berkaitan PLKN 3.0 yang akan diadakan tidak lama lagi.
“HAHAHAHAHAHAHAHA jangan bitter ye saya gurau,” seloroh Imran.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat perkongsian gambar tersebut kerana tidak menyangka Imran yang disifatkan ‘sopan dan lembut’ pernah menyertai aktiviti yang bersifat ketenteraan.
“Tak sangka kennnnnnchaaaanaaaaaa masuk askar,” tulis netizen.
“Kita dah ada calon untuk Ketua Dorm Alpha guyssss untuk PLKN nanti,” seloroh seorang lagi warga net.
“Mantap siot, gwenchanaaaa pernah kawad bersenjata,” puji netizen.