HomeGlobalAmnesty International seru Israel tamatkan tindakan 'tidak berperikemanusiaan' di Tebing Barat

Amnesty International seru Israel tamatkan tindakan ‘tidak berperikemanusiaan’ di Tebing Barat

PIHAK berkuasa Israel secara mendadak telah meningkatkan penggunaan penahanan pentadbiran rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan gagal menyiasat insiden penyeksaan dan kematian dalam tahanan, kata kumpulan hak asasi Amnesty International pada Rabu.

Sementara serangan tanpa henti tentera Israel ke atas Gaza berterusan, Amnesty International berkata, tahanan Palestin tertakluk kepada penyeksaan, penahanan sewenang-wenangnya dan pencabulan hak mereka yang lain.

“Mereka juga telah melanjutkan satu set langkah penjara ‘kecemasan’ memberi mereka kuasa yang tidak terkawal untuk memperhebatkan layanan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan dan banduan Palestin,” katanya di X.

Ia menegaskan bahawa semua rakyat Palestin yang ditahan secara sewenang-wenang atau menyalahi undang-undang “mesti dibebaskan.”

“Amnesty International menyeru pihak berkuasa Israel untuk segera membatalkan langkah kecemasan tidak berperikemanusiaan yang dikenakan ke atas tahanan Palestin dan memberikan mereka akses segera kepada peguam dan keluarga mereka,” tambahnya.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak 7 Oktober di tengah-tengah serangan tentera Israel di Genting Gaza.

Sekurang-kurangnya 163 rakyat Palestin terbunuh dan 2,250 lagi cedera akibat tembakan tentera Israel di wilayah yang diduduki sejak tercetusnya konflik Gaza, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Sebelum konflik, jumlah tahanan Palestin di penjara Israel dianggarkan sekitar 5,200, menurut angka Palestin. – Anadolu

Author

Pilihan Editor