HomeBeritaAnak perempuan Tok Uban meninggal dunia

Anak perempuan Tok Uban meninggal dunia

CYBERJAYA: Anak perempuan veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Marisa Diana meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi Khamis.

Shahrir atau lebih dikenali sebagai Tok Uban berkata, Allahyarham Marisa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, di ibu negara.

“Anak perempuan saya meninggal dunia awal pagi tadi.

“Solat jenazah akan dijalankan di Masjid Wilayah Persekutuan, dan pengebumian dijadualkan di Bukit Kiara.

“Insya-Allah semuanya akan selesai sebelum Zohor,” katanya seperti dilapor New Straits Times.

Berita kehilangan itu turut dikongsikan beberapa pemimpin dan ahli UMNO di media sosial termasuk pengendali media sosial bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar.

Sementara itu, di laman Facebook Anuar Ariffin, foto memaparkan detik-detik Tok Uban bersama Allahyarham Marisa turut dikepilkan.

Author

Pilihan Editor