HomeHiburan'Anak saya hanya dua' - Nikita Mirzani buang anak perempuannya dari keluarga

‘Anak saya hanya dua’ – Nikita Mirzani buang anak perempuannya dari keluarga

PELAKON sensasi Indonesia, Nikita Mirzani menegaskan tidak akan meninggalkan harta atau menjadikan anak perempuannya, Lolly sebagai pewaris.

Malah, pelakon drama Malaikat Tak Bersayap itu turut menamatkan insurans kesihatan Lolly atau Meizani Nasseru Asry serta dalam proses membuang nama anak perempuannya itu daripada sijil keluarga.

“Sekarang proses hapus namanya di KK tengah dilakukan. Jadi anak saya hanya dua.

“Insurans juga telah saya tamatkan. Jadi sekarang misalnya jika dia sakit atau ingin menukar pendakap gigi, semuanya perlu dibayar sendiri,” katanya dalam sebuah rancangan di YouTube Nexera Entertainment.

Menurut Nikita, dia berasa anak gadis berusia belasan tahun itu sudah boleh hidup berdikari.

“Dia kata dia sudah dewasa dan itu (hidup sendiri) pilihannya. Kalau dia rasa sudah dewasa ya sudah. Tak perlu dikaitkan dengan ibu atau keluarganya,” ujarnya.

Susulan pengakuan ibunya, Lolly mengakui dirinya berasa kecewa walaupun sudah memohon maaf beberapa kali kepada ibunya.

“Kalau dengan beliau maunya seperti itu beliau bahagia dan tenang hidupnya, mungkin ini memang sudah jalan yang dikasih sama Allah. Ya dijalani aja.

“Di belakang layar, aku sudah sempat minta maaf berkali-kali, tapi memang beliaunya saja yang sudah cut off.

“Yang penting, aku masih anak perempuannya bukan di KK tapi di darah daging, dan hatinya beliau akan selalu jadi ibuku selamanya hingga aku meninggal,” luah Lolly menerusi Instagram Stories.

Seperti yang diketahui, Nikita Mirzani meluahkan rasa kecewa terhadap Lolly kerana anak perempuannya itu lebih memihak kepada bekas suaminya, Antonio Dedola yang dituduh Nikita mencuri cincin berliannya.

Untuk rekod, Lolly merupakan anak sulung Nikita hasil perkahwinan pertamanya bersama Aizawa Nasseru pada tahun 2006.

Author

Pilihan Editor