HomeBeritaViralApa hukum santau PM Israel? Ini penjelasan UAI...

Apa hukum santau PM Israel? Ini penjelasan UAI…

CYBERJAYA: Tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis laknatullah apabila mengebom tempat-tempat awam di Gaza menimbulkan amarah orang ramai sehingga ada yang menyuarakan pendapat ingin menyantau Perdana Menteri negara haram itu.

Pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu ceramahnya berkata, perbuatan sedemikian adalah haram bagi umat Islam ketika berdepan peperangan.

Menurutnya, perbuatan menghantar sihir atau menyantau Perdana Menteri Israel adalah haram di sisi agama kerana ia sudah melampaui batas malah tidak mempunyai keperluan ketika berlakunya peperangan.

“Dalam peperangan tidak boleh melampaui batas, tidak boleh melakukan perkara yang haram. 

“Sebagai contoh, menelanjangkan musuh tidak boleh walaupun dia membunuh kita. Menelanjangkan musuh tidak boleh kerana aurat yang mana ia bukan keperluan.

“Jika tindakan menembak, bom ketika peperangan boleh, itu diperlukan dalam peperangan. 

“Maka, asalnya dalam peperangan haram bunuh orang awam. Oleh kerana Israel buat maka kita dibolehkan buat.

“Dalil Allah berkata, barangsiapa yang melampaui batas terhadap kamu maka kamu boleh melampaui batas sama seperti yang dibuat ke atas kamu,” ujarnya.

@izinberbagi7

Hukum kalau kita santau Perdana Menteri Israel #ceramahpendek #ceramahlucu #ceramahagama #ceramahsingkat #ustazazharidrus

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Tambahnya lagi, hukum menghantar sihir mahupun santau mereka yang menzalimi umat Islam di Palestin tetap haram meskipun dengan niat ingin memudaratkan pihak musuh.

“Dalam bab sihir, santau tidak boleh. Jika orang menyihir kita, kita pula membalas dengan sihir maka ia tidak boleh.

“Untuk balas sihir boleh, yang mana kita melakukan solat hajat, kita guna doa agar sihir kembali kepada diri dia sendiri. Penggunaan sihir itu diharamkan syarak,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor