HomeHiburanAzmi Saat timang cahaya mata perempuan

Azmi Saat timang cahaya mata perempuan

PETALING JAYA: Penyanyi, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad selamat menimang cahaya mata menerusi pembedahan kira-kira pukul 3.28 petang tadi di sebuah pusat perubatan, dekat sini.

Berita gembira itu dikongsi vokalis Caliph Buskers menerusi sebuah hantaran di Facebook.

“Alhamdulillah. Pukul 3.28 petang isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami.

“Baby dan ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah. Baby gebu, beratnya 3.62 kilogram.

“Moga Khalisa Insyirah Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya.

Pasangan ini pada 2021 diuji apabila bayi sulung mereka, Khairul Afnan meninggal dunia selepas beberapa hari dilahirkan. – Utusan

Authors

Pilihan Editor