HomeHiburan‘Badan jenazah ditebuk, mata dikorek kena siat!’ – Uyaina Arshad kongsi kisah...

‘Badan jenazah ditebuk, mata dikorek kena siat!’ – Uyaina Arshad kongsi kisah bank kulit Israel

PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad dilihat lantang bersuara berhubung kekejaman rejim zionis Israel di Genting Gaza.

Malah, baru-baru ini, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad, 31, menerusi hantaran di aplikasi X berkongsi kisah pembongkaran bank kulit yang dimiliki rejim tersebut.

“Tahun 2009, The Guardian ada post satu article yang membongkar jenayah curi organ, yang dilakukan oleh Isnotreal terhadap orang Palestine yang dibunuh dan article ni ditulis lepas seorang wartawan bernama Donald Boström yang mengkantoikan kegiatan jenayah Isnotreal ni.

And of course, Isnotreal sangkal, deny dan cakap wartawan Sweden sendiri sebagai negara “anti-semitic.” sedangkan depa punya head of forensic institute sendiri yang testified to this claim. You nak tipu siapa?

“Dalam sebuah Documentary: Israel’s Skin Bank; Uncovering the Truth, just like the Nazis -Skin Bank of Isnotreal ni dibuat khas untuk tentera dorang. Bila ditanya dari mana datangnya kulit2 ni, dorang cakap dorang takkan ambik dari tentera Isnotreal. Tapi dari ‘others.’

“Dan dalam interview ni, perempuan ni mengaku yang dorang ambik kulit ni dari bukan sahaja orang Palestine, tetapi refugees & foreigners. Specifically, dari ‘unidentified bodies’ dan yang tak lepas autopsy.

“Persoalan: Kenapa dorang tak ambik je kulit dari tentera dorang sendiri yang dah mati? Kan dah mati, pastu tu tentera dorang sendiri. Ambik jelahhh,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uyaina turut memuat naik rujukan artikel dan video yang berkaitan dengan kisah bank kulit itu selaku usaha memberi kesedaran terhadap orang ramai mengenai kezaliman Israel.

“Ya. Mereka buat tanpa pengetahuan keluarga orang Palestine yang dorang bunuh tu dan of course tanpa mendapat consent daripada family para Syuhada tersebut. Bagitahu I apa yang lagi kejam dari ini?

“Dah lah bunuh tanpa belas kasihan, lepas tu korek mata jenazah, ambik cornea, siat dan potong kulit jenazah, simpan dalam bank untuk kegunaan askar dorang, tebuk badan jenazah, curi organ2 dalaman mereka lepas tu jual. Apa yang lebih kejam dari ini?!” luahnya.

Justeru, Uyaina berharap orang ramai khususnya mereka yang menyebelahi Israel kembali sedar dengan segala kekejaman yang dilakukan rejim itu terhadap penduduk di Palestin.

“Soalan saya, after all this info, do you still want to side with Israel? Dan soalan yang lebih penting lagi, kebal sangat ke Isnotreal ni sampai walaupun dah kantoi dorang buat jenayah ni semua, tapi masih takde apa2 tindakan? Kesian masyarakat dunia terutamanya Palestinians,” tulisnya.

https://twitter.com/UyainaArshad/status/1721753883083694345

 

 

Author

Pilihan Editor