CYBERJAYA: Tindakan pelakon, Emma Maembong, memuat naik video ‘bersuka ria’ ketika memakai baju berupa ‘hoodie’ bercorak bendera Palestin nyata membuatkan rata-rata warga net kurang senang.
Menerusi video yang dimuat naik Emma, 31, di Instagram miliknya baru-baru ini, kelihatan pelakon jelita itu menggayakan jaket hoodie yang terang-terangan bercorakkan bendera Palestin sambil menari bersama adik-beradiknya.
“Family time,” tulis Emma ringkas.
Menjengah di ruangan komen, sebilangan netizen tampil memberi teguran dengan tindakan Emma yang disifatkan tidak sensitif.
“Baju tu da Palestine. tp da bgelekx cmni.. sorii..bkn xske emma.tp just.xkne..plz yg kt sne tgh bsedih,” tulis netizen.
“Pakai baju bendera Palestine tp content berjoget2 sakan.. it isnt the proper way to wear it.. tak kena langsung.. the flag is not a joke. pls be considerate la sikit,” tegur seorang lagi warga net.
“Mana sensitiviti? Orang Palestine tengok bertambah sedih dan stress,” komen netizen.