HomeBeritaBelanjawan Selangor 2024 dibentang 10 November ini

Belanjawan Selangor 2024 dibentang 10 November ini

CYBERJAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan membentangkan Belanjawan Selangor 2024 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 10 November ini.

Menurut Speaker Lau Weng San, sesi pembentangan belanjawan itu akan diikuti persidangan dewan yang dijangka berlangsung selama dua minggu hingga 24 November 2023.

Justeru, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan perbahasan berlangsung tertib tanpa dicemari penggunaan bahasa kasar dan tidak sopan.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri supaya hala tujunya selari dengan Putrajaya dalam merangka belanjawan itu, lapor Selangorkini.

Malah, orang ramai turut dilibatkan dalam perancangan belanjawan tersebut dengan menyertai soal selidik yang dijalankan menerusi portal rasmi Perbendaharaan Negeri Selangor.

Author

Pilihan Editor