HomeBeritaEmpat dipercayai tertimbus bangunan runtuh di Pulau Perhentian

Empat dipercayai tertimbus bangunan runtuh di Pulau Perhentian

BESUT: Empat warga Myanmar dipercayai tertimbus dalam runtuhan bangunan resort dalam pembinaan di Pulau Perhentian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh, berkata mereka menerima maklumat orang awam mengenai kejadian jam 7.34 pagi tadi.

Maklumat awal memaklumkan empat mangsa dihantar ke Klinik Pulau Perhentian sebelum dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.

“Empat mangsa lagi dipercayai masih tertimbus bawah runtuhan,” katanya dihubungi hari ini.

Mohamad berkata, empat anggota bomba dihantar awal ke lokasi sementara tambahan anggota akan dihantar secara berperingkat menaiki bot.

“Kami juga memohon bantuan daripada unit K9, STORM serta unit udara,” katanya. – Berita Harian

Authors

Pilihan Editor