USAHAWAN selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menasihatkan para suami untuk terus kekal setia bersama isteri.
Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, Aliff berkata, tiada seorang wanita pun yang mahu dirinya dimadukan dan perbuatan itu secara tidak langsung boleh melukai hati seorang isteri.
“Poligami tak haram sebenarnya, cuma poligami ni amat memedihkan dan menyakitkan oleh wanita. Tak ada wanita pun dalam dunia ni nak terima dirinya dimadukan. Sakit, pedih.
“Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima.
“Jadi kepada wanita dekat luar sana, nasihat saya untuk mereka yang bermadu dan berjaya dimadukan, anda seorang wanita yang hebat,” ujarnya.
Menerusi video yang sama, Aliff juga berharap agar orang ramai tidak memandang remeh tentang isu berkenaan kerana ia tidak mudah seperti yang dilihat.
“Tak semua wanita itu mampu untuk melalui detik ini, jangan kita pandang benda ini semudah oh senangnya jadi madu orang, mudah jadi isteri nombor dua.
“Nasihat saya kepada anda lelaki kat luar sana, kalau boleh setia satu isteri, kita setialah. Nak jaga dua isteri bukan senang.
“Satu pun ada banyak masalah apatah lagi dua. Tapi jodoh itukan hak milik Allah, siapalah kita untuk menidakkan.
“Dalam Islam sendiri pun mengatakan berpoligami itu dibolehkan cuma kenalah ada syaratnya, kalau rasa duit cukup, tenaga zahir dan batin tu cukup barulah boleh,” jelasnya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Aliff antaranya:
@fazttshop: “Alif Teega ni patut dengar content Alif Syukri ni daripada dengar content dia sendiri yang ntah apa apa tu.”
@AdindaZaza: “Segila-gila Aliff Syukri pun, saya salute… Dia setia dengan wife dia.”
@Wahyudin Aziz: “Betul tu… Hidup boleh tenang, buat apa cari gelisah. Satu dah cukup.”
Terdahulu, Aliff merupakan antara individu yang turut terkena tempias berhubung kontroversi pernikahan kedua personaliti media sosial, Alif Teega.
Aliff sebelum ini mengakui dia sememangnya pernah berfikir untuk berkahwin lain disebabkan ingin merasai kenikmatan berpoligami.
Bagaimanapun, Aliff berkata dia tidak berkemampuan untuk membahagikan kasih sayang dan perhatian jika mempunyai ramai isteri.
Meskipun ada keinginan itu, namun Aliff hanya mahukan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida yang menerima segala kekurangan dalam dirinya. – Gempak