TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba kecoh di media sosial apabila Aliff Syukri dan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bergaduh di sebuah majlis di Singapura.
Apa yang menjadi perhatian ramai ialah Aliff Syukri juga dikatakan telah menarik rambut Diva AA ketika kejadian.
Meninjau ke Instagram Aliff Syukri, usahawan itu mengatakan dia tidak mengetahui tentang kemunculan Diva AA ketika majlis di Singapura dan turut mempersoalkan mengapa pihak penganjur menjemput Azwan Ali.
“Pada awalnya saya tidak tahu yang dia (Diva AA) ada, saya dah bagi tahu pihak penganjur saya tak senang dengan dia… dan dia mulakan dulu sebab tu saya bertindak.
“Saya tidak akan bertindak kalau dia tidak mengacau kehidupan saya. Dia ni memang dah mahu untuk saya daripada dulu lagi lebih 20 kali tapi saya senyap saja,” jelas Aliff Syukri.
Manakala Diva AA yang bengang dengan tindakan Aliff Syukri yang menarik rambutnya itu mengatakan dia akan menyaman usahawan itu.
Ni bukan rambut nenek kau! Hahahahah pic.twitter.com/EwsOR313ZA
— jim (@najimjimjim) November 4, 2023
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat ia hanyalah satu gimik untuk mempromosikan sesuatu produk.
“Siap promote tegok tiktok dia, buang masa layan orang macam ni… drama tak abis-abis,” selar netizen.
“Ahahahahaa berlakon je… korang tak payah over nau backup situ sini,” komen pengguna Instagram.
“Bosan laa dengan kau nii. Ritu dengan Yana Samsudin, dengan semua orang laa kau nak acah2 gaduh. Padahal buat content murahan jaa. Menyampah makin lama puih,” sangkal netizen.