Tidur 3 pagi bangun pukul 7 pagi,
Tidur pukul 5 pagi bangun pukul 12 tengah hari,
Tidur pukul 10 malam bangun pukul 8 pagi.
Siapa yang mempunyai tabiat macam ini? Tidur pada waktu yang tidak menentu dan bangun pada waktu yang tidak tetap.
Kitaran tidur tidak tentu sebegini mungkin dianggap normal, terutamanya untuk orang muda yang banyak aktiviti setiap hari.
Namun, jangan dipandang ringan risiko kesihatannya. Menurut sebuah kajian, kitaran tidur tidak menentu dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi dalam tempoh tujuh tahun.
Kekerapan tidur lewat dan bangun awal boleh menyebabkan kita terdedah kepada risiko penyakit seperti kencing manis, masalah jantung, darah tinggi dan kolestrol tinggi.
Menurut laporan, sebanyak 10 peratus daripada 430,000 orang di Britain berdepan dengan risiko meninggal dunia akibat tabiat tidur lewat dalam tempoh enam hingga tujuh tahun.
Perkara sebegini pastinya sesuatu yang membimbangkan dan perlu diatasi segera agar dapat terhindar daripada kesan kemudaratan.
Justeru, MEDIA VARIASI ingin kongsikan antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghindarkan diri daripada terus melakukan tabiat tidur tidak menentu:
Cuba ubah waktu untuk tidur lebih awal sekiranya sebelum ini tidur lewat sudah menjadi kebiasaan. Oleh itu, latih diri untuk patuh kepada jadual tidur yang lebih sistematik.
Walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengubah waktu tidur tetapi berikan waktu pada diri sendiri untuk berubah secara perlahan-lahan.
Contohnya, jika sebelum ini kerap tidur pukul 2 pagi, MV sarankan awalkan satu atau dua jam dan lakukannya secara konsisten.
Sudah menjadi rutin setiap manusia untuk bermain telefon bimbit sebelum tidur namun, secara tidak sedar anda sudah menghabiskan masa berjam-jam menghadap peranti pintar itu.
Sebaiknya letak peranti di tempat yang sedikit jauh sehinggakan anda perlu bangun jika ingin mengambilnya.Â
Perkara ini kerana kebanyakan daripada kita pastinya berasa malas untuk bangun semula sekiranya sudah berada di atas katil.
3. Elakkan pengambilan kafein
Sebaiknya sebelum tidur cuba elakkan diri daripada mengambil minuman berkafein seperti kopi dan teh.Â
Kedua-dua minuman tersebut akan merangsang otak untuk terus berjaga sehingga mengalami kesukaran untuk tidur.
4. Kurangkan berfikir
Tidak dinafikan sebelum tidur merupakan antara ruang waktu membuatkan kita berfikir perihal perkara yang telah berlaku pada waktu siang.
Seharusnya tabiat ini tidak wajar untuk diamalkan kerana akan menyebabkan gangguan tidur.
Sekiranya berterusan melakukan perkara tersebut, tanpa sedar ia telah mengakibatkan kita tidur lewat dan turut menambahkan tekanan.
Jika hal tersebut tidak mampu untuk dibendung, cuba untuk tuliskan perkara yang anda fikirkan di dalam sebuah buku nota.
Lakukan catatan seperti jurnal bagi memudahkan anda untuk mengetahui perkara yang akan dilakukan seterusnya.
Natijahnya, amalkan gaya hidup sihat yang bukan sahaja dari segi pemakanan namun, tidur juga dapat membantu kita mencegah daripada mengalami penyakit kronik.