HomeBeritaMahkamah & JenayahLelaki Australia tampil serah diri, babit kes kencing di tempat parkir

Lelaki Australia tampil serah diri, babit kes kencing di tempat parkir

SUBANG JAYA: Seorang lelaki warga Australia tampil serah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini, hari ini, selepas video dirinya membuang air kecil pada tiang di tempat parkir sebuah pusat beli-belah tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek ditahan di IPD Subang Jaya pada pukul 11.15 pagi tadi.

“Suspek merupakan warga Australia berusia 32 tahun.

“Hasil semakan mendapati suspek datang ke Malaysia untuk melawat keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan akan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Author

Pilihan Editor