HomeBeritaMahkamah & JenayahLontar komen jelik terhadap PM, pekerja kilang ditahan

Lontar komen jelik terhadap PM, pekerja kilang ditahan

SEPANG: Seorang pekerja kilang ditahan polis susulan mengeluarkan kenyataan jelek terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 malam semalam di Melaka.

Menurutnya, suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana berniat memecahkan keamanan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya memetik laporan Kosmo pada Rabu.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang melontarkan komen jelek terhadap Perdana Menteri menerusi tangkap layar aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Wan Kamarul Azran menafikan dakwaan itu dan mengesahkan suspek bukan anggota polis IPD Sepang.

Perkara itu dibuktikan menerusi semakan menerusi sistem laporan polis bersepadu (i-PRS) dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) mendapati penama bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

ARTIKEL BERKAITAN: Individu lontar komen jelik terhadap PM bukan anggota polis

Author

Pilihan Editor