HomeHiburanNama Kieda Crepe dipetik jadi Ketua Platun PLKN, ini respon Kieda...

Nama Kieda Crepe dipetik jadi Ketua Platun PLKN, ini respon Kieda…

SEJAK kerajaan mengumumkan had umur bagi kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, media sosial dipenuhi cadangan serta luahan netizen mengenai perkara tersebut.

Malah, segelintir warga net mencadangkan kerajaan untuk memilih pempengaruh terlebih dahulu untuk merasai pengalaman ke sesi baharu program tersebut.

“Seeloknya intake pertama PLKN kali ni kerajaan pilih influencer dulu semua… Biar mereka review dulu… Lepas ni baru berebut budak-budak nak pergi jugak,” cadang pengguna X @jllmisai.

Lebih menghiburkan, nama usahawan Kieda Crepe dicadangkan netizen untuk menjadi ketua platun disebabkan suaranya yang dikatakan nyaring.

“Harap first batch PLKN nanti Kieda Crepe kena masuk dulu, dia macam sesuai jadi ketua platun sekali jerkah semua masuk baris,” cadang @IniAlalalannn.

Menyedari namanya diseru, Kieda tampil memberi respon terhadap cadangan warga net menerusi TikTok miliknya.

“Disebabkan Kieda diseru, jadi saya nak beritahu lepas ini mungkin saya dah tak duduk dalam Kieda Crepe.

“Disebabkan Kieda nak jaga hati semua orang, saya terpaksa memilih untuk menyertai penghuluwati PLKN selepas ini,” kata Kieda.

Sementara itu, pengusaha Crepe popular sempat menyindir segelintir netizen yang kerap mengecamnya untuk turut menyertai kumpulannya jika berjaya memasuki PLKN kelak.

“Insya Allah, doakan saya untuk jadi ketua yang berjaya dan andai kata ada yang berminat untuk menjadi anak-anak dibawah penghuluwati saya, silakan.

“Saya alu-alukan yang suka mengecam tapi lembik lutut, lembik untuk ke depan… yang suka menyorok tapi mengata orang,” selorohnya.

Selain Kieda, antara nama pempengaruh yang turut dicadangkan adalah Khairul Aming, Imran Bard, dan Azfar Heri.

Terkini, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataannya, berkata hanya remaja yang lahir pada 2007, akan dipanggil menjalani PLKN 3.0 apabila ia dilaksanakan pada tahun hadapan.

Author

Pilihan Editor