HomeBeritaViralPelajar minta elaun RM3,000 untuk latihan industri

Pelajar minta elaun RM3,000 untuk latihan industri

LAIN macam! Mungkin itu apa yang dirasakan oleh pemilik sebuah syarikat apabila membaca e-mel seorang pelajar yang meminta elaun lebih RM3,000 untuk menjalani latihan industri.

Menerusi satu hantaran di Facebook KF Design, memaparkan tangkap layar e-mel daripada seorang pelajar universiti yang berminat menjalani latihan industri di syarikatnya.

Melalui e-mel tersebut, pelajar berkenaan menyenaraikan beberapa permintaan khas sebelum memulakan latihan industri di syarikat itu.

Lantaran itu, pelajar itu ingin mengetahui sama ada syarikat tersebut menawarkan insentif penginapan, pengangkutan, makanan, bonus prestasi dan juga elaun lebih daripada RM3,000 sebelum memohon.

Terkejut dengan pertanyaan terbabit, pemilik syarikat itu kemudian berkongsi perkara itu di Facebook rasmi syarikatnya dengan kapsyen;

“Tolong jangan… tapi kami doakan yang terbaik buat kamu”, tulis wakil syarikat itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tergamam dengan permintaan pelajar itu dan diibaratkan seperti pekerja tetap.

“Dekk… basic sekarang pun 1.5k jerr yer nak-nak 3k tu hmmm… mimpi memang terlalu indah dari dunia nyata dek,” komen netizen.

This intern is dreaming intern 3k, that’s full time?,” selar pengguna Facebook.

Intern salary nak sama dengan gaji pekerja tetap. Hurmmm kesian ko dik… Baik minta kerja dengan company bapa ko je la,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor