CYBERJAYA: BEKAS anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menghembuskan nafas kira-kira pukul 7.40 malam, hari ini.
Khabar duka itu dikongsi oleh Presiden Munsyid Malaysia, Razin Mestica menerusi hantaran di Facebook Munsyid Malaysia.
“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.
“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga,” tulisnya.
Sebelum ini, arwah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor, akibat pneumonia.
Menurut ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid, pada ketika itu keadaan Suhaimi kurang baik dan terpaksa ditidurkan.