CYBERJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tujuh e-mel berhubung ancaman bom yang disasarkan terhadap tujuh buah sekolah di sekitar Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima kandungan e-mel itu hari ini memaklumkan terdapat bom di tujuh buah sekolah di negeri ini, lapor Utusan.
Menurutnya, antara lokasi ancaman berkenaan iaitu sekolah di Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi dinyatakan.
“Bagaimanapun sebaik unit pemusnah bom PDRM tiba dan membuat pemeriksaan mendapati perkara itu tidak benar.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan satu kenyataan media akan dikeluarkan berkaitan kes ini,” maklumnya.