[VIDEO] Flight Siswa diperluas untuk pelajar Politeknik, Kolej Komuniti, Matrikulasi dan IPG

0
22

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan domestik, iaitu Flight Siswa, telah diperluaskan kepada pelajar Politeknik, Kolej Komuniti, Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Initiatif tersebut dimulakan dari 15 Ogos 2023 melalui kaedah pembelian “Credit Shell”, di mana syarikat penerbangan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar yang layak untuk ditebus semasa pembelian tiket masing-masing.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sinaran Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan Malaysia, pada Rabu.

Author