Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, kerajaan akan membelanjakan RM50 juta untuk aplikasi produk lestari Tetra Pak dalam dua projek perintis pada tahun 2024.
Beliau berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk memahami bagaimana bahan kitar semula boleh digunakan bersamaan dengan bahan konvensional dalam projek perumahan sosial, terutamanya dalam ketahanan haba untuk bumbung rumah.
Beliau berkata demikian pada majlis Projek CAREton di kilang kitar semula SHA-HUP AIK Shah Alam, sempena Hari Kitar Semula Negara, pada Rabu.