‘ALA nampak kusam lah pakai tudung warna ni’
Haa orang perempuan mesti pernah menghadapi situasi seperti di atas.
Penting ya untuk memilih warna tudung! kalau salah pilih warna ia boleh membuatkan wajah menjadi kusam dan gelap.
Cara dia senang sahaja, para wanita perlu memastikan warna urat di pergelangan tangan untuk mengenalpasti ‘undertones‘ masing-masing.
Untuk pengetahuan para wanita, terdapat tiga jenis undertones iaitu cool undertones, warm undertones dan neutral undertones.
Lihat gambar di bawah untuk dijadikan rujukan.
Cara mengenal pasti warna urat
Bagi memastikan tudung yang dipakai sesuai dengan warna kulit, anda perlu mengenalpasti warna urut di bahagian pergelangan tangan.
Cara-caranya adalah cari tempat yang ada natural light (cahaya matahari). Kemudian, lihat warna urat di pergelangan tangan sama ada berwarna ungu, biru, hijau atau olive.
Sekiranya urat di tangan berwarna ungu dan biru, itu bermakna anda adalah cool undertones.
Sekiranya memiliki urat berwarna biru dan hijau, itu adalah neutral undertones.
Akhir sekali jika urat di pergelangan tangan berwarna hijau dan olive, ini bermakna anda adalah warm undertones.
Selepas mengenal pasti undertones masing-masing, pilih warna tudung seperti di bawah:
Cool undertones
Warm undertones
Neutral undertones
Mudah kan? Makin berseri-seri muka bila pakai tudung sesuai dengan warna kulit.
Semoga bermanfaat!