HomeBeritaCovid-19 terkawal, tiada PKP dilaksana - Dr Dzulkefly

Covid-19 terkawal, tiada PKP dilaksana – Dr Dzulkefly

CYBERJAYA: Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), meskipun negara berdepan dengan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, situasi Covid-19 yang masih terkawal menyebabkan PKP tidak perlu diulangi sama seperti awal kemunculan wabak tersebut pada 2020.

“Buat masa ini, kita tidak bercakap tentang mengulangi PKP,” katanya ketika sidang media khas berhubung perkembangan semasa Covid-19 di Putrajaya pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Dr Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksana lima langkah dan strategi dalam menghadapi peningkatan jangkitan ketika ini.

Jelasnya strategi pertama adalah pengesanan awal kes Covid-19 dan varian SARS-CoV-2.

Strategi kedua pula kata beliau, pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek), sementara strategi ketiga, pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes COVID-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi.

“Strategi keempat, pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan dan strategi kelima, pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

Author

Pilihan Editor