HomeBerita7 kereta ubah suai terbakar, tak sempat sertai pertunjukan

7 kereta ubah suai terbakar, tak sempat sertai pertunjukan

 

KULAI: Sebuah treler bersama muatan tujuh kereta ubah suai pelbagai jenis terbakar di Kilometer 38.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini, pada awal pagi tadi.

Ia membabitkan lima kereta Honda, sebuah Toyota Yaris dan sebuah Proton Saga yang difahamkan dibawa treler berkenaan untuk menyertai satu pertunjukan di Sepang, Selangor.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.52 pagi sebelum sepasukan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Skudai dan Tebrau digerakkan ke tempat kejadian.

“Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Fauzi Che Deris. Tujuh kereta yang dibawa treler berkenaan terbakar hampir 70 peratus. Operasi tamat jam 6.55 pagi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, insiden itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dengan punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – Berita Harian

 

 

Author

Pilihan Editor