HomeHiburanAinan Tasneem, Tasha Manshahar nak buat mini konsert, peminat seru Najwa Latiff...

Ainan Tasneem, Tasha Manshahar nak buat mini konsert, peminat seru Najwa Latiff bergabung!

PENYANYI, Ainan Tasneem yang popular dengan lagu 150 Juta dikhabarkan akan mengadakan konsert mini bersama penyanyi, Tasha Manshahar.

Ainan atau Ainan Tasneem Redzuan, 31 menerusi Instagram Story memberitahu, dia bercadang mahu mengadakan konsert tertutup yang hanya dianjur khas untuk golongan perempuan sahaja.

“Korang nak tanya. Kalau I dengan Tasha Manshahar ada plan nak buat macam mini show/concert next year. Korang nak datang tak? Tertutup punya. Strictly untuk perempuan-perempuan je.

I terfikir benda ni sebab ramai yang seru I dengan Tasha untuk comeback dan buat show. So I rasa macam… why not kan. Janji yang yang datang semua girls,” tulisnya.

Tambahnya, konsert mini tersebut turut diselitkan dengan tazkirah agama oleh ustazah serta sesi sembang bersama penonton.

“Kita akan berhibur together! Kitorang perform beberapa lagu. Pastu nanti ada borak-borak session.

“Paling penting kita akan selitkan juga tausiah/tazkirah dari ustazah-ustazah atau orang yang layak. Semoga Allah redha dengan majlis kita tu nanti,” ulasnya.

Malah, Ainan turut membuat satu poll untuk meninjau pandangan daripada peminatnya.

Hasil daripada undian tersebut menunjukkan bahawa ramai yang bersetuju mengenai cadangan mengadakan konsert berkenaan.

I terharu la ramai yang bagi response dan yang support. Okay jom kita jayakan plan ini,” katanya.

Sementara itu, Ainan menerusi Instagram Story berbeza memaparkan tangkap layar peminat yang rata-ratanya meminta penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, iaitu Najwa Latif untuk turut bergandingan dalam konsert tersebut.

Bagaimanapun, Najwa Latif atau mesra dipanggil Wawa memaklumkan dirinya belum bersedia untuk membuat sebarang konsert dalam masa terdekat.

Thank you sebab sudi nak appreciate lagu-lagu Wawa. Rasa macam terharu, sedih, happy, awkward lah paling banyak sebenarnya.

You don’t know how I feel like crying bila orang jumpa Wawa cakap pasal konsert, cakap pasal how they really love my songs.

“Wawa belum ada plan untuk buat showcase yet. Saya hanyalah potato. Setakat ni, Wawa cuma memenuhi shows yang mungkin boleh bagi wawa peluang jumpa korang.

You mean a lot to me. But, not now. Sorry,” jelas Wawa menerusi Instagram Story.

Author

Pilihan Editor