HomeHiburanAmir Ahnaf, Nadhir Nasar tak kisah digelar 'muka awam'

Amir Ahnaf, Nadhir Nasar tak kisah digelar ‘muka awam’

DILABEL sebagai ‘muka awam’ oleh netizen, pelakon, Amir Ahnaf tidak mudah melenting sebaliknya bersyukur kerana ianya dapat membantu dari segi lakonan.

“Muka awam kita ni iaitu melayu, akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak. 

“Kerana dalam kehidupan kita seharian ni memang tak lari daripada realiti. Hari-hari kita tengok rupa orang awam. Jadi kita dah terbiasa. Bila dah terbiasa, otak akan setting sebegitu rupa. 

Which is a good thing, bila orang awam memainkan watak sebab mereka boleh pamerkan realiti dalam bentuk karakter. 

“Rasa tu lagi menusuk jiwa penonton sebab bentuk rupa yang tak lali dari perhatian,” kongsi Amir di X miliknya.

Malah, pelakon, Nadhir Nasar turut bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh rakan selebritinya itu.

“Sebenarnya, dipanggil ‘muka awam’ tetapi memiliki pengikut dengan apa yang kita sajikan di kaca TV adalah satu compliment

“Sebab orang tak tengok paras rupa tetapi bakat yang hendak ditunjukkan. Jalan terus!” sokong Nadhir.

Sebelum ini, tular hantaran di X, foto pelakon sedang meningkat naik iaitu Meerqeen serta Nadhir Nasar yang dimuat naik oleh netizen.

Namun begitu, segelintir warga net menyifatkan muka kedua selebriti tersebut sebagai ‘muka awam’.

“Ni kalau aku cakap muka awam, mesti ramai triggered,” komen pengguna X

Difahamkan, ‘muka awam’ adalah definisi baharu yang digunakan warga net bagi menggambarkan wajah yang senang dijumpai di luar.

Author

Pilihan Editor