“Saya bersyukur kerana kami mempunyai pertalian darah”.
Demikian coretan penyanyi, Syada Amzah yang sering dibandingkan nyanyian dengan kakaknya, Shila Amzah.
Menurut Syada, dia tidak tersinggung apabila cara nyanyiannya itu kerap dibandingkan malah berasa bangga mempunyai seorang kakak yang juga merupakan idolanya dalam bidang nyanyian.
“Ya, dia (Shila) merupakan idola saya dalam bidang nyanyian.
“Alhamdulillah, tiada kata-kata daripada awak boleh menyinggung perasaan saya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.
Syada turut menegaskan tidak pernah timbul rasa dengki terhadap kejayaan yang diperolehi Shila.
“Tiada secebis pun rasa iri hati pada kakak saya, hanya masa yang ibu dan ayah luangkan untuknya dan tinggalkan saya dan adik beradik lain ketika masih bersekolah.
“Selain itu, bukan rasa cemburu sebaliknya saya rasa bangga sebab dapat kakak sehebat itu,” katanya membalas sebuah komen daripada netizen.
Sebelum ini, nama Syada seringkali menerima kecaman warga net yang menyifatkan nyanyiannya tidak setanding Shila Amzah.