HomeHiburanDiperli belum kahwin, Dr. Soo Wincci 'sekolahkan' netizen

Diperli belum kahwin, Dr. Soo Wincci ‘sekolahkan’ netizen

“CANTIK… Tapi sayang tak kahwin-kahwin lagi.”

Demikian komen netizen yang mempersoalkan status bujang selebriti, Dr. Soo Wincci.

Dr. Soo Wincci, 38, menerusi Instagramnya memuat naik tangkap layar komen salah seorang pengguna Instagram yang bimbang akan status dirinya yang belum berkahwin lagi.

Bagaimanapun, Wincci menegaskan dirinya tidak akan berkahwin dan ingin membuktikan wanita juga boleh berjaya tanpa perlu mendirikan rumah tangga.

Forever won’t kahwin. Nak tengok how far a girl can go forever without marriage.

“Zaman dah berubah, let’s see who will go the furthest ya. Marriage is forever not in my list, sorry. Jangan harap,” balasnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut menyokong kenyataan Wincci mengenai alam perkahwinan.

“Kalau kahwin tapi tak bahagia tak guna juga. Dan lagi satu, kalau kahwin tapi still dimadukan pun tak guna juga. Better single lah Dr. tenang otak,” komen netizen.

Over tau orang lelaki ni tengok perempuan tak kahwin lagi. Triggered ke tengok perempuan boleh berdikari sendiri,” tulis netizen. 

“Dia ingat kahwin je dah dikira habis berjaya kot,” selar pengguna Instagram. 

Author

Pilihan Editor