HomeBeritaGangguan bekalan elektrik memalukan Johor - Onn Hafiz

Gangguan bekalan elektrik memalukan Johor – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengecam insiden gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Tambak, Johor.

Onn Hafiz berkata, beliau sudah mengarahkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyelesaikan isu terbabit.

“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

“Pihak TNB dan JKR telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, media melaporkan CIQ BSI di Tambak Johor di sini mengalami gangguan bekalan elektrik lebih 12 jam dipercayai terjadi pada jam 8 malam tadi dan berlarutan hingga jam 10 pagi.

Insiden itu menimbulkan keluhan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terpaksa berbaris panjang dan lama kerana proses cap pasport terpaksa dilakukan secara manual.

 

Author

Pilihan Editor