KEBIASAANNYA, selepas bersara, kita mempunyai banyak masa untuk diluangkan sama ada bersama keluarga atau melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan sewaktu bekerja.
Perkara itu dapat dilihat menerusi perkongsian di TikTok @dyhszhn, memaparkan ayahnya yang merupakan pesara sedang asyik melakukan aktiviti bersama kucing peliharaannya.
Kongsi Individu yang dikenali Dayah Sahizan itu, dia sering diajukan soalan berkenaan aktiviti ayahnya selepas bersara.
“Ayah kau lepas pencen buat apa Dayah? Busy jadi photographer,” ujar Dayah.
Dalam video yang sama, dapat dilihat ayah gadis itu sedang menggayakan serta memakaikan cermin mata hitam kepada si bulus comel itu.
Lebih menarik perhatian apabila, kucing itu kelihatan ‘memberi’ kerjasama dan seolah-olah tidak kisah dijadikan model.
Bukan sahaja cermin mata, ayah Dayah turut memakaikan topi ‘koboi’ kepada kepala kucing berkenaan.
Ayahnya kemudian dilihat mengambil beberapa keping gambar si bulus comel itu.
“New profession ayah lepas pencen,” seloroh Dayah di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net terhibur dengan gelagat ayahnya bersama haiwan peliharaannya itu.
“Kenapa erk kucing dengan mak ke ayah ke herlok (elok) kemain behave nye… eh kalau dengan kita, dia buat meroyan dia.. dia buat nya kita ni musuh,” komen netizen.
“Terpaksa bekerja demi semangkuk kibbles,” seloroh netizen.
“Macam mana kucing tu boleh nak frozen duduk diam-diam macam gitu eh,” tulis netizen.