PELAKON, Hafidz Roshdi selamat diijabkabul dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada hari ini.
Majlis penyatuan itu berlangsung di Glass House Event Space Shah Alam, Selangor.
Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada isteri baharunya itu.
Pelakon tersebut berkongsi foto dan video majlisnya menerusi Instagram miliknya.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, ruangan komen bagi hantaran tersebut ditutup Hafidz.
Sebelum ini, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada namun berpisah pada 27 Julai lalu.
Nama Athira sebelum ini menjadi kontroversi kerana terpalit dengan kes rumah tangga Hafidz dan Shuhada.