[VIDEO] “Janganlah buat spekulasi macam-macam” – Zahid

0
68

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak spekulasi bahawa akan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO kerana menghidap kanser prostat.

Beliau bagaimana pun mengakui ada menjalani pembedahan prostat.

Mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kemaman, beliau berkata kemenangan PAS tidak boleh dianggap sebagai referendum.

“Kita tidak boleh anggap sebagai referendum kerana itu satu kepompong kecil di Kemaman. Mana mungkin 141,000 pengundi di Kemaman dianggap sebagai satu referendum? Jadi kita harap mereka tidak bermimpi di siang hari.” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan peluncuran Transformasi Politeknik 2023-2030 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Isnin.

Author