HomeBeritaViral'Kita bayar cukai, lepas tu kena tanggung PATI' - Dr Alpha Zaki

‘Kita bayar cukai, lepas tu kena tanggung PATI’ – Dr Alpha Zaki

“NAK tuntut macam mana? sebab dia tak ada dokumen. Jumlah bil RM9,000 hingga RM10,000 habis macam tu je dibelanjakan untuk seorang PATI. Di situlah beban kewangan,”.

Demikian pendedahan oleh seorang doktor dikenali sebagai Dr Alpha Zaki, yang menyifatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadi satu beban kepada sektor kesihatan negara.

Dr Zaki menerusi TikToknya menyatakan, PATI telah menggunakan sumber negara secara percuma selama mereka menetap di Malaysia.

“Katakanlah datang nak bersalin kena masuk wad deposit at least RM1,000, bersalin biasa RM3,000, kalau czer at least RM7,000 – RM8,000.

“Nanti bila nak discaj siapa nak bayar bil tu takkan kita nak tahan dia dalam wad sehingga dia bayar semua bil.

“Dia pun tak ada duit untuk bayar bil yang sedia ada so nak tak nak kena discaj,” katanya.

Malah, dia turut menyelar segelintir netizen yang menyifatkan sektor kesihatan sepatutnya memberikan layanan sama rata tidak kira pesakit itu warganegara atau pun tidak.

“Kau ingat selamatkan nyawa tu free ke? Needle, syringe, ubat semua tu subsidi. Bukan free.

“Kita yang bayar cukai lepas itu nak tanggung PATI? Kalau macam tu pergi Unit Hasil, sila bayar mana-mana bil PATI, kau kan kemanusiaan,” selarnya.

Dakwanya lagi, kutipan cukai negara terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan PATI yang tidak dibayar oleh golongan terbabit.

“Saya bukannya racist ke benci pendatang. Kita profesional kalau diorang datang kita akan bagi rawatan yang terbaik. 

“Tetapi bila diorang tak bayar, kos rawatan tu terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai rakyat Malaysia. Itu yang menjadi masalah kepada negara.

“Datanglah warganegara apa pun kalau diorang bayar rate warga asing tak ada masalah pun sebab itu tidak merugikan negara,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Zaki turut mengucapkan tahniah kepada Pasukan Diraja Malaysia (PDRM) yang melaksanakan operasi penangkapan PATI secara besar-besaran baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia turut memberi pandangan bahawa penangkapan tempoh hari hanyalah bersifat sementara atau jangka masa pendek sahaja.

Justeru, dia menyarankan tindakan tegas diambil terhadap pihak majikan atau pihak yang mengeluarkan lesen perniagaan kepada PATI agar isu ini dapat diselesaikan dalam skala besar.

Author

Pilihan Editor